BN News. Johar – DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah amat menitikberatkan perhubungan kekeluargaan bersama sanak saudara.
Baginda berdua berpendirian bahawa hubungan erat antara ahli keluarga adalah penting dalam melahirkan keluarga yang harmoni.
Hari ini (3 Ogos), KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis santapan tengah hari bersama Baginda Tuanku Sultan dan Baginda Tuanku Permaisuri.
Dalam kesibukan tugasan harian masing-masing, Baginda bertiga meluangkan masa seketika menikmati santapan tengah hari dan beramah mesra bersama di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Turut berangkat ke majlis santapan itu, YAM Tunku Besar Zabedah Binti Almarhum Sultan Iskandar; YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, serta YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Berangkat sama, YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah.
~~~~~
FAMILY TIES MUST ALWAYS BE NURTURED
Their Majesties, The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar and The Permaisuri of Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, place great emphasis on nurturing family ties.
Their Majesties are firm believers that close ties will foster family harmony.
Today (3rd August), Their Majesties made time off their busy schedules and welcomed HM Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar to Istana Bukit Serene, Johor Bahru, for a family reunion over lunch.
Also present were HH Tunku Besar Zabedah Binti Almarhum Sultan Iskandar; HH Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim and husband, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, as well as HH The Tunku Putera of Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Also joining in the family reunion from the Pahang Royal Family were HH Tengku Panglima Raja Lt. Col Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah; HH Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Binti Al-Sultan Abdullah and HH Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah. (Lis Azrusman)



















